Like us for get Notifications

Sampai Hati! Mangsa langgar lari maut kerana orang ramai tidak membantu, tapi berebut-rebut menangkap gambar

Seorang mangsa langgar lari mati akibat kehilangan banyak darah selepas orang ramai yang melihatnya dilanggar bas tidak mengendahkan rayuannya untuk bantuan, sebaliknya berebut-rebut mengambil gambar kejadian menggunakan telefon bimbit.


Tragis! Mangsa langgar lari maut kerana orang ramai tidak membantu, tapi berebut-rebut menangkap gambarTragis! Mangsa langgar lari maut kerana orang ramai tidak membantu, tapi berebut-rebut menangkap gambar


Anwar Ali, 17, dibiar terbaring di jalan raya selama setengah jam selepas basikal ditunggangnya dirempuh bas ketika mahu ke tempat kerja di Koppal, Karnataka.


Menurut doktor, mangsa mungkin dapat diselamatkan jika dia menerima rawatan awal. Kejadian itu sekali gus mencetuskan kemarahan pengguna Internet India.


Sepupunya, Riyaz dipetik oleh Bangalore Mirror sebagai berkata: “Anwar boleh diselamatkan jika dia dibawa ke hospital segera, sebaliknya orang ramai hanya berdiri di situ dan merakam kejadian menggunakan telefon bimbit masing-masing.”


Orang ramai dilaporkan ada menawarkannya air, tetapi tiada siapa yang mahu membawanya ke hospital. – Agensi


Sumber: Metro

edisi viral
Sampai Hati! Mangsa langgar lari maut kerana orang ramai tidak membantu, tapi berebut-rebut menangkap gambar Sampai Hati! Mangsa langgar lari maut kerana orang ramai tidak membantu, tapi berebut-rebut menangkap gambar Reviewed by Tular Lagi on 8:09 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.