Like us for get Notifications

Gadis Ini Memuatnaik Status Menyatakan Apa Yang Dia Idamkan Sempena BIRTHDAY Nya,Dan Tanpa Disangka Lelaki Ini Tunaikan Segala Diminta





Bertuahnya badan jika mempunyai pasangan yang sanggup memenuhi setiap permintaan dan melakukan apa sahaja demi membahagiakan orang tersayang.


Bagi seorang gadis di Twitter, dia telah memuat naik status menyatakan apa yang diidamkannya sebagai hadiah sempena hari ulang tahun kelahirannya nanti.


Antaranya adalah, Iphone 7, barangan Victoria Secret, Bath&bBody Works, beg tangan Charles and Keith serta kasut Forever 21.





Tanpa disangka, teman lelaki yang membaca tweetnya telah menunaikan segala yang diminta dan memberi kejutan hari lahirnya pada 1 Februari lepas.







Malangnya kebahagiaan mereka berdua mendapat kecaman dari netizen yang menyifatkan apa yang dilakukan adalah berlebih-lebihan memandangkan mereka belum berkahwin.


Antara kata-kata negatif yang diterima adalah dengan mengatakan gadis tersebut hanya sayang kepada pasangan hanya disebabkan wang ringgit dan bukan kerana diri lelaki itu sendiri.

Ramai yang mempersoalkan jika hubungan putus di tengah jalan sebelum berjaya ke jinjang pelamin, adakah semua yang dilakukan itu berbaloi?




Namun, gadis ini punya penjelasan yang tersendiri.







Kesimpulannya, masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk membahagiakan pasangan. Kita sepatutnya tumpang gembira melihat kebahagiaan orang lain, dan bukan sebaliknya. Pendapat anda pula bagaimana? -CARI
Gadis Ini Memuatnaik Status Menyatakan Apa Yang Dia Idamkan Sempena BIRTHDAY Nya,Dan Tanpa Disangka Lelaki Ini Tunaikan Segala Diminta Gadis Ini Memuatnaik Status Menyatakan Apa Yang Dia Idamkan Sempena BIRTHDAY Nya,Dan Tanpa Disangka Lelaki Ini Tunaikan Segala Diminta Reviewed by Tular Lagi on 7:02 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.