Like us for get Notifications

Inilah punca Adira Menangis di majlis 'baby shower'

(Gambar: Aziah Azmee)
Oleh: Aimi Nordin 
Penyanyi, Adira Suhaimi menitiskan air mata kerana terkejut dan terharu dengan kehadiran mengejut suaminya, Datuk Adnan Abu pada majlis 'baby shower' yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. 
"Perasaan saya bercampur baur antara gembira, terharu dan terkejut. Tidak sangka setelah dikejutkan dengan majlis begini, saya diberikan satu lagi hadiah iaitu kehadiran suami dengan menyanyikan lagu duet Ombak Rindu. 
"Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang menganjurkan majlis sempena menyambut bayi yang diadakan pada hari ini (semalam). Kelab peminat, pihak media dan pengurus menjadi tulang belakang membantu kerjaya seni saya.
"Saya mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis sebegini, namun menunggu masa yang sesuai kerana usia kandungan baru tujuh bulan. Kalau ada sekalipun, doa kesyukuran yang akan diadakan di Sabah iaitu tempat kelahiran saya," katanya kepada BH Online.
Adira sejak dari awal kehamilan tak suka dengan elemen kejutan kerana dia mudah mengalirkan air mata. Dah terharu dengan kejutan 'baby shower' yang dibuat, dia menerima kejutan lagi daripada suaminya yang hadir.

Inilah punca Adira Menangis di majlis 'baby shower' Inilah punca Adira Menangis di majlis 'baby shower' Reviewed by Tular Lagi on 8:30 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.