Like us for get Notifications

Isteri Datuk Jalaluddin Hassan Dijemput Ilahi 4 Pagi Tadi ,Takziah Buat Keluarga - AL FATIHAH


Takziah buat Datuk Jalaluddin Hassan. Isterinya telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4 pagi tadi selepas melakukan pembedahan jantung semalam. Jenazah kini berada di rumah. Al-Fatihah.

update

Takziah diucapkan buat pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan atas pemergian isteri tercintanya, Datin Hasimah Mad Ihsan.

Berita sedih ini dimaklumkan oleh pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira di laman Instagramnya.





"Al fatihah isteri kepada abang jalal.. kak shima...yang sentiasa senyum .. penyabar.. ibu mithali. Love ya.. semoga di tempatkan orang-orang beriman.. takziah buat keluarga Dato Jalaluddin Hassan...," maklum pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira.

Terdahulu sekitar bulan Ogos lalu menerusi Berita Harian, Datuk Jalaluddin meluahkan rasa syukur apabila isterinya yang menderita penyakit paru-paru berair dilihat semakin sihat.

Jalaluddin, bagaimanapun berkata, isteri beliau akan dirujuk ke bahagian pakar jantung di Hospital Serdang pula memandangkan bahagian organ terbabit tidak berfungsi secara baik.


Sumber & foto: shieraijoy IG



Isteri Datuk Jalaluddin Hassan Dijemput Ilahi 4 Pagi Tadi ,Takziah Buat Keluarga - AL FATIHAH Isteri Datuk Jalaluddin Hassan Dijemput Ilahi 4 Pagi Tadi ,Takziah Buat Keluarga - AL FATIHAH Reviewed by Tular Lagi on 9:38 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.